Rabu, 01 Januari 2014
Butter Golden Churn Tidak Halal Mengandungi DNA Babi
Salam 1 Malaysia,
Butter Golden Churn adalah tidak halal dipercayai mengandungi DNA babi. Jakim telah mengesahkan bahawa mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal. Pengeluar produk tersebut yang juga merupakan wakil pengusaha syarikat Ballantyne Food dari New Zealand mengesahkan produk tersebut tidak halal untuk umat islam. Oleh itu umat islam dilarang keras untuk menggunakan produk butter golden churn dalam ramuan masakan. Setakat ini, produk butter golden churn paling banyak diguna pakai di Sarawak oleh segelintir pengusaha kek lapis disana. Bagi yang telah menggunakan produk tersebut, mereka akan membuat proses samak sambil disaksikan oleh jabatan agama islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran. Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.
original source :- Melvister
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar