Senin, 03 Februari 2014
Hafiz Juara Pertama Mania Dapat RM500 000
Salam semua,
Hafiz Juara Pertama Mania Dapat RM500,000
Hafiz Suib, 22, yang merupakan juara Akademi Fantasia musim ke-tujuh (AF7) telah merangkul gelaran juara pertama program Mania di konsert akhir itu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil semalam. Datuk Siti Nurhaliza dan kumpulan Wings turut hadir bagi menghangatkan lagi konsert akhir Mania ini sebagai artis jemputan.Hafiz dari empayar hijau, mendapat undian tertinggi sebanyak 28 peratus sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai, RM500 000 berserta trofi Mania. Hafiz telah berjaya mengalahkan saingan-saingan hebat yang lain seperti Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril.
“Saya sangat bersyukur dengan kemenangan yang saya peroleh ini. Mungkin ini semua atas usaha saya sendiri kerana saya dah cuba buat yang terbaik. Buat masa ini wang yang saya menangi itu, akan saya simpan dahulu, selebihnya saya akan fikirkan nanti.”
Dalam pada itu, kejayaan Hafiz turut membolehkan produser Empayar Hijau, Ahmad Dhani membawa pulang wang tunai berjumlah RM300,000.
Sementara itu, Stacy dari Empayar Merah tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM200,000 manakala Jaclyn Victor dari Empayar Biru yang berada di tempat ketiga memperoleh wang tunai RM100,000 berserta trofi Mania. [sumber]
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar